ADAB DENGAN GURU
===================
===================
Tak datang kelas atas sebab yang tak munasabah pun salah satu perkara yang menunjukkan kurangnya adab terhadap guru. Bagaimana mungkin guru boleh datang ke kelas semata-mata untuk mengajar kita tapi kita tak datang dengan alasan : “Alaa silibus dah habis, sekarang ni revision je, baik aku study kat rumah”. Nampak di situ, dia boleh buat tak layan guru tu datang ke kelas untuk mengajar dia.
“Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah, maka hendaklah dia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu.” (Kitab Majmuk, Syarah Mazhab Jilid 1)
Ada seorang ulama ni, dia belajar banyak tapi ilmu tu tak masuk2 tapi dia sangat jaga adab dia dengan gurunya. Satu ketika, gurunya tiada dan gurunya menyuruh ulama ni menggantikan tempatnya. Ulama ni pun risau, dia langsung tak tau apa-apa. Jadi dia pun bertawakkal dan tiba2 dia dapat mengajar ilmu itu sepertimana yang gurunya ajarkan kepadanya.
Hilangnya keberkatan ilmu ataupun hilangnya kesan ilmu adalah kerana tidak menjaga adab daripada ilmu. Ada orang boleh menghafal semua kitab, boleh menghafal semua ilmu tetapi kemungkinan kesan daripada ilmu tadi tiada dalam hidup dia ataupun ilmu tadi tak boleh nak datangkan kemanfaatan pada dirinya, mungkin kerana hilangnya adab.
Ulama terdahulu mempelajari adab sebelum mempelajari ilmu. Mereka menjaga adab walau sekecil-kecil adab.
“Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)”
“تعلّمت الأدب عشرين سنة وتعلّمت العلم عشرة سنة”
“Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 20 tahun dan mempelajari ilmu selama 10 tahun”
(Kitab Ta’limul Muta’allim)
(Kitab Ta’limul Muta’allim)
No comments:
Post a Comment